Assalamualaikum semua. Baru-baru ini telah dikejutkan dengan kematian seorang penyanyi dari Korea Selatan kerana bunuh diri iaitu Kim Jonghyun dari kumpulan SHINee. Kematiannya berlaku dalam tahun yang sama dengan kematian Chester Bennington iaitu penyanyi utama kumpulan Linkin Park, juga akibat bunuh diri. Punca bunuh diri juga sama iaitu akibat depression atau kemurungan. Gangguan mental seperti kemurungan sehingga hari ini masih sukar diterima oleh masyarakat sebagai salah satu daripada jenis penyakit meskipun mereka yang menghidapnya lebih ramai berbanding penyakit yang dapat dilihat secara fizikal. Apa yang menyedihkan ialah mereka yang menghadapi masalah gangguan mental seperti kemurungan ini menderita dalam diam. Sesungguhnya, kemurungan merupakan penyakit yang cukup berbahaya. Ia mampu menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakibatkan perubahan tingkah laku dan akhirnya mencederakan diri sendiri atau lebih teruk lagi - bunuh diri. Kini pen...
Assalamualaikum Pagi tadi aku ada terbaca tentang etika perniagaan dalam sebuah akhbar. Aku terasa ingin berkongsi dengan semua apa etika perniagaan mengikut Islam. Ramai pada hari ini, mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Ada yang membuka premis kedai-kedai malah ada yang berniaga online. Perniagaan online antara yang menjadi pilihan peniaga kerana kebanyakan pembeli lebih gemar melayari internet untuk mencari barang yang hendak dibeli. Antara etika perniagaan dalam Islam yang seharusnya diikuti oleh para peniaga adalah : 1. Pematuhan terhadap kontrak. Islam memandang berat terhadap janji. Seorang peniaga patut mematuhi amanah, janji dan kontrak yang dilakukannya. 2. Penipuan dan salah tafsir iklan. Para peniaga hendaklah berlaku jujur dalam membuat iklan, hal ini kerana iklan antara medium yang menarik minat pelanggan. 3. Pengukuran yang tepat. Tidak menipu dalam timbangan bagi peroleh keuntun...