Skip to main content

Depression

Assalamualaikum semua.
Baru-baru ini telah dikejutkan dengan kematian seorang penyanyi dari Korea Selatan kerana bunuh diri iaitu Kim Jonghyun dari kumpulan SHINee. Kematiannya berlaku dalam tahun yang sama dengan kematian Chester Bennington iaitu penyanyi utama kumpulan Linkin Park, juga akibat bunuh diri. Punca bunuh diri juga sama iaitu akibat depression atau kemurungan. Gangguan mental seperti kemurungan sehingga hari ini masih sukar diterima oleh masyarakat sebagai salah satu daripada jenis penyakit meskipun mereka yang menghidapnya lebih ramai berbanding penyakit yang dapat dilihat secara fizikal. Apa yang menyedihkan ialah mereka yang menghadapi masalah gangguan mental seperti kemurungan ini menderita dalam diam.






 Sesungguhnya, kemurungan merupakan penyakit yang cukup berbahaya. Ia mampu menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakibatkan perubahan tingkah laku dan akhirnya mencederakan diri sendiri atau lebih teruk lagi - bunuh diri. Kini penyakit tersebut bukan sahaja merangkumi golongan dewasa malah turut melanda remaja atas pelbagai sebab antaranya, tekanan persekitaran, peperiksaan, masalah keluarga atau dengan rakan-rakan di sekolah.
Sesetengah orang berpendapat bahawa kemurungan hanyalah sekadar perubahan angin dan sikap melankolik yang sesekali melanda. Sebaliknya, kemurungan atau depresi merupakan masalah serius yang memberi impak kepada setiap aspek kehidupan seseorang itu. Jika dibiarkan tanpa rawatan ia mampu menimbulkan masalah lebih besar. Lebih tragik lagi jika seseorang itu terlibat dengan dadah, membenci diri sendiri, bertindak ganas dan akhirnya membunuh diri.

Di kesempatan ini, aku akan berkongsi dengan pembaca mengenai langkah-langkah mengatasi masalah kemurungan. 

1. Amalkan perhubungan yang sihat. Luangkan masa dengan orang tercinta seperti isteri, anak-anak, rakan sekerja dan kawan-kawan rapat. Sentiasalah bercerita mengenai perkara yang positif bersama mereka.

2. Bersenam. Melakukan senaman selama 30 minit setiap hari akan mempunyai impak yang sangat bagus buat fizikal dan mental kita. Dengan bersenam, kita akan terasa bermotivasi dan mempunyai lebih banyak tenaga untuk mengharungi hari-hari kita. Jangan lupa untuk merancang senaman dan tidak melakukannya secara membabi buta.

3. Berfikir secara positif. Menjadi seorang ‘positive thinker’ adalah salah satu cara yang sangat berkesan untuk mengatasi kemurungan. Buangkan rasa negatif supaya tiada lagi kebosanan dalam hidup kita. Cari sekurang-kurangnya 5 perkara yang membuatkan kita rasa gembira untuk hidup hari ini.

4. Amalkan diet yang seimbang. Kalau terlebih makan atau terkurang makan, ia pasti memberikan impak yang negatif kepada badan dan cara pemikiran kita. Apa kata cuba cari makanan yang seimbang buat kita. Jangan terlalu gilakan badan yang kurus melengkung seperti model kerana ia akan membuatkan kita stress dan tidak bertenaga.

5. Tingkatkan penampilan kita. Sekiranya kita mengambil berat mengenai cara pemakaian dan penampilan kita setiap hari, pasti kita akan merasa lebih gembira dengan diri sendiri. Sekali sekala apa salahnya berbelanja untuk kelihatan lebih tampan dan cantik. Ia pasti akan membuatkan kita lebih yakin untuk tampil di khalayak ramai.

6. Akhir sekali, luahkan perasaan kita kepada mereka yang dipercayai.
 Mungkin kita kenal seseorang yang menghadapi kemurungan. Mungkin kita kenal seorang yang membunuh diri akibatnya. Mungkin kita menghadapi kemurungan atas masalah-masalah tertentu. Jangan berlengah lagi. Hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, dan sebarkan kasih sayang di antara semua. 

Terima kasih kerana membaca.

Comments

Popular posts from this blog

STPM

Sebagai bekas pelajar STPM, aku boleh katakan bahawa belajar di Tingkatan 6 sangat berbaloi dan sedikit pun aku tidak menyesal membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku di tingkatan 6. Ini kerana, dasar kerajaan  yang telah memberi peluang para pelajar Tingkatan 6 menjejakkan kaki ke menara gading dengan lebih pantas. Namun, calon STPM perlu membuat persediaan yang mantap berikutan tempoh belajar setiap semester lebih kurang 5 bulan sahaja iaitu  1 semester semasa 6 rendah, manakala selebihnya pada 6 atas. Bermula tahun 2013, sistem semester ini mula diguna pakai dan di samping menghadapi peperiksaan di setiap penghujung semester, para pelajar juga dikehendaki membuat kerja kursus. Setiap mata pelajaran mempunyai kerja kursus yang tersendiri.    Di sini aku akan senaraikan beberapa kelebihan STPM untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran selepas SPM Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universit...

Intro

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Oleh kerana ini adalah entri pertama saya dalam blog ini, eloklah saya memperkenalkan diri saya. Saya bernama Alia Hani bt Ahmad Nasruddin. Dilahirkan di Pulau Langkawi, Kedah pada 2 Jun tahun 1997. Saya dibesarkan di Langkawi selama 12 tahun sebelum berpindah ke Yan, Kedah yang berhampiran dengan rumah nenek yang sudah tua.     Saya memulakan pengajian seawal usia 4 tahun di Tadika Sayang, Langkawi kemudian melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Temonyong di daerah yang sama. Saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah. Setelah memperoleh keputusan SPM, saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Setelah itu saya berjaya menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam program Bacelor Komunikasi.     Saya anak bongsu dari lima adik beradik. Ti...

STPM part 2

Hampir setahun aku berpisah dengan kawan-kawan seperjuangan STPM 2015/2016. Aku sangat rindukan pengalaman aku bersama-sama teman perjuangan. Selepas keputusan SPM diumumkan pada bulan 3 2015, aku hanya membuat permohonan ke Matrikulasi. Apabila keputusan Matrikulasi diumumkan, aku tidak berjaya mendapat tempat ke matrik, walau bagaimanapun aku tidak begitu kecewa kerana aku telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Pada mulanya, aku ditawarkan untuk menyambung tingkatan 6 di SMKA Kedah dalam aliran agama. Namun, aku terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat memperoleh keputusan yang baik kerana subjek yang banyak. Tambahan pula, sekolah tersebut jauh dari rumahku. Oleh itu, aku telah membuat permohonan untuk menukar aliran pada masa yang sama menukar sekolah.  Seterusnya, permohonan aku berjaya dan aku ditempatkan di SMK Yan dalam aliran sastera.  Aku telah ditempatkan di kelas Prau2E dengan subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Ekon...