Skip to main content

Etika Perniagaan dalam Islam

Assalamualaikum
Pagi tadi aku ada terbaca tentang etika perniagaan dalam sebuah akhbar. Aku terasa ingin berkongsi dengan semua apa etika perniagaan mengikut Islam.

Ramai pada hari ini, mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran. Ada yang membuka premis kedai-kedai malah ada yang berniaga online. Perniagaan online antara yang menjadi pilihan peniaga kerana kebanyakan pembeli lebih gemar melayari internet untuk mencari barang yang hendak dibeli.
Antara etika perniagaan dalam Islam yang seharusnya diikuti oleh para peniaga adalah :

1. Pematuhan terhadap kontrak.
Islam memandang berat terhadap janji. Seorang peniaga patut mematuhi amanah, janji dan kontrak yang dilakukannya.

2. Penipuan dan salah tafsir iklan.
Para peniaga hendaklah berlaku jujur dalam membuat iklan, hal ini kerana iklan antara medium yang menarik minat pelanggan.

3. Pengukuran yang tepat.
Tidak menipu dalam timbangan bagi peroleh keuntungan lebih.

4. Sorok Barang
Bertujuan untuk mendapatkan untung atau mengambil kesempatan apabila harga barang melonjak naik

5. Penghapusan keluaran lebihan
Menjadi amalan moden untuk membuang lebihan barang bagi mengawal harga barang dari jatuh.

6. Membeli barangan curi.

7. Melibatkan riba

8. Amalan berkaitan pekerja

9. Penipuan barangan

10. Bersumpah semasa jualan

11. Pemuliharaan alam sekitar.

12. Berurusan dengan orang berhutang.

Akhir kata, ikutlah etika perniagaan untuk capai keredhaan Allah

Comments

Popular posts from this blog

STPM

Sebagai bekas pelajar STPM, aku boleh katakan bahawa belajar di Tingkatan 6 sangat berbaloi dan sedikit pun aku tidak menyesal membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku di tingkatan 6. Ini kerana, dasar kerajaan  yang telah memberi peluang para pelajar Tingkatan 6 menjejakkan kaki ke menara gading dengan lebih pantas. Namun, calon STPM perlu membuat persediaan yang mantap berikutan tempoh belajar setiap semester lebih kurang 5 bulan sahaja iaitu  1 semester semasa 6 rendah, manakala selebihnya pada 6 atas. Bermula tahun 2013, sistem semester ini mula diguna pakai dan di samping menghadapi peperiksaan di setiap penghujung semester, para pelajar juga dikehendaki membuat kerja kursus. Setiap mata pelajaran mempunyai kerja kursus yang tersendiri.    Di sini aku akan senaraikan beberapa kelebihan STPM untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran selepas SPM Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universit...

Intro

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Oleh kerana ini adalah entri pertama saya dalam blog ini, eloklah saya memperkenalkan diri saya. Saya bernama Alia Hani bt Ahmad Nasruddin. Dilahirkan di Pulau Langkawi, Kedah pada 2 Jun tahun 1997. Saya dibesarkan di Langkawi selama 12 tahun sebelum berpindah ke Yan, Kedah yang berhampiran dengan rumah nenek yang sudah tua.     Saya memulakan pengajian seawal usia 4 tahun di Tadika Sayang, Langkawi kemudian melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Temonyong di daerah yang sama. Saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah. Setelah memperoleh keputusan SPM, saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Setelah itu saya berjaya menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam program Bacelor Komunikasi.     Saya anak bongsu dari lima adik beradik. Ti...

STPM part 2

Hampir setahun aku berpisah dengan kawan-kawan seperjuangan STPM 2015/2016. Aku sangat rindukan pengalaman aku bersama-sama teman perjuangan. Selepas keputusan SPM diumumkan pada bulan 3 2015, aku hanya membuat permohonan ke Matrikulasi. Apabila keputusan Matrikulasi diumumkan, aku tidak berjaya mendapat tempat ke matrik, walau bagaimanapun aku tidak begitu kecewa kerana aku telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Pada mulanya, aku ditawarkan untuk menyambung tingkatan 6 di SMKA Kedah dalam aliran agama. Namun, aku terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat memperoleh keputusan yang baik kerana subjek yang banyak. Tambahan pula, sekolah tersebut jauh dari rumahku. Oleh itu, aku telah membuat permohonan untuk menukar aliran pada masa yang sama menukar sekolah.  Seterusnya, permohonan aku berjaya dan aku ditempatkan di SMK Yan dalam aliran sastera.  Aku telah ditempatkan di kelas Prau2E dengan subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Ekon...