Skip to main content

Panduan Menguruskan Kewangan


Sambil aku menggunakan aplikasi Twitter  di telefon pintarku, aku ternampak 'tweet' yang ber'hashtag' #BijakWang. Cepat-cepat aku klik hashtag #BijakWang dan menjumpai beberapa perkongsian menarik yang mungkin berguna untuk kita sebagai pelajar dan mungkin untuk mereka yang telah bekerja.

Bagi yang baru mula bekerja.

1. Simpan 10% - 20% dari gaji anda sebagai simpanan

  • Tabung Haji, cukup RM1300 daftar haji. RM100 untuk 13 bulan. Ingat!! Daftar Tabung Haji bukan untuk terus pergi sebaliknya daftar untuk dapatkan tahun.
  • ASB
  • AHB (Patuh Syariah)
  • Unit Amanah (ada patuh Syariah dan tidak); Public Mutual, CWA
2. Jangan beli kereta.

3. Kumpul duit untuk beli hartanah (property), beli aset

4. Jangan guna kad kredit

5. Bayar zakat

6. Bayar pinjaman (MARA, PTPTN, YAYASAN)

Untuk pelajar macam aku yang buat pinjaman boleh ikut langkah-langkah ini.

1. Bayar yuran dahulu.

2. Ketepikan 10% simpan dalam TH/ASB

3. Rancang bajet bulanan

4. Simpan lebihan bulanan.

  • Lebihan wang PTPTN semester semasa boleh cover untuk semester akan datang yang mungkin lambat.
  • Ingat jangan guna wang PTPTN untuk beli iPhone 6 atau gajet lain. Ingat Keperluan vs Kehendak.

credit : https://kewangangraduan.wordpress.com/2014/11/11/panduan-menguruskan-wang/

Comments

Popular posts from this blog

STPM

Sebagai bekas pelajar STPM, aku boleh katakan bahawa belajar di Tingkatan 6 sangat berbaloi dan sedikit pun aku tidak menyesal membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku di tingkatan 6. Ini kerana, dasar kerajaan  yang telah memberi peluang para pelajar Tingkatan 6 menjejakkan kaki ke menara gading dengan lebih pantas. Namun, calon STPM perlu membuat persediaan yang mantap berikutan tempoh belajar setiap semester lebih kurang 5 bulan sahaja iaitu  1 semester semasa 6 rendah, manakala selebihnya pada 6 atas. Bermula tahun 2013, sistem semester ini mula diguna pakai dan di samping menghadapi peperiksaan di setiap penghujung semester, para pelajar juga dikehendaki membuat kerja kursus. Setiap mata pelajaran mempunyai kerja kursus yang tersendiri.    Di sini aku akan senaraikan beberapa kelebihan STPM untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran selepas SPM Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universit...

Depression

Assalamualaikum semua. Baru-baru ini telah dikejutkan dengan kematian seorang penyanyi dari Korea Selatan kerana bunuh diri iaitu Kim Jonghyun dari kumpulan SHINee. Kematiannya berlaku dalam tahun yang sama dengan kematian Chester Bennington iaitu penyanyi utama kumpulan Linkin Park, juga akibat bunuh diri. Punca bunuh diri juga sama iaitu akibat depression atau kemurungan. Gangguan mental seperti kemurungan sehingga hari ini masih sukar diterima oleh masyarakat sebagai salah satu daripada jenis penyakit meskipun mereka yang menghidapnya lebih ramai berbanding penyakit yang dapat dilihat secara fizikal. Apa yang menyedihkan ialah mereka yang menghadapi masalah gangguan mental seperti kemurungan ini menderita dalam diam.  Sesungguhnya, kemurungan merupakan  penyakit yang cukup berbahaya. Ia mampu menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakibatkan perubahan tingkah laku dan akhirnya mencederakan diri sendiri atau lebih teruk lagi - bunuh diri. Kini pen...

Etika Perniagaan dalam Islam

Assalamualaikum Pagi tadi aku ada terbaca tentang etika perniagaan dalam sebuah akhbar. Aku terasa ingin berkongsi  dengan semua apa etika perniagaan mengikut Islam. Ramai pada hari ini, mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran.  Ada yang membuka premis kedai-kedai malah ada yang berniaga online.  Perniagaan online antara yang menjadi pilihan peniaga kerana kebanyakan pembeli  lebih gemar melayari internet untuk mencari barang yang hendak dibeli. Antara etika perniagaan dalam Islam yang seharusnya diikuti oleh para peniaga adalah : 1. Pematuhan terhadap kontrak. Islam memandang berat terhadap janji. Seorang peniaga patut mematuhi amanah, janji dan kontrak yang dilakukannya. 2. Penipuan dan salah tafsir iklan. Para peniaga hendaklah berlaku jujur dalam membuat iklan, hal ini kerana iklan antara medium yang menarik minat pelanggan. 3. Pengukuran yang tepat. Tidak menipu dalam timbangan bagi peroleh keuntun...