Skip to main content

Sendiri

Aku merupakan seorang yang kurang berkeyakinan. Sedikit pemalu. Aku juga tidak suka berseorangan. Kadang kala aku mudah panik tanpa sebab jika aku keseorangan.
    Ini adalah pengalaman aku menaiki komuter dari Serdang ke KL Sentral untuk menuju pulang ke kampung. Semuanya aku lakukan sendiri tanpa mama dan abah atau rakan-rakan.
     Perasaan aku pada hari tersebut sangat gementar. Hari sabtu. Hari bermulanya cuti pertengahan semester dimana pelajar akan bercuti selama satu minggu.
    Sedari awalnya tiket keretapi ets telah aku beli secara online. Perjalanan ini memerlukan aku untuk berhenti dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hal ini kerana aku perlu menaiki keretapi ETS di KL Sentral. Dan jarak UPM dengan KL Sentral agak jauh.
      Pada pagi itu aku mula mengemas barang-barangku untuk bergerak pulang. Mulanya aku menaiki uber untuk ke KTM Serdang. Selepas itu, aku memberanikan diri bertanyakan kepada penjaga kaunter di situ tentang cara untuk membeli tiket ke KL Sentral memandangkan ini merupakan kali pertama bagi aku. Setelah mengetahui cara-caranya, aku terus bergerak ke platform yang harus aku tunggu mengikut kata penjaga kaunter itu juga. Seterusnya, aku menunggu sehingga komuter sampai dan masuk mendapatkan tempat duduk. Menaiki komuter bukanlah pertama kali bagiku, tetapi itu merupakan pertama kali aku berseorangan. Suasana di dalam komuter tidak janggal kepadaku. Ianya selesa. Pada hari itu tidak ramai orang menggunakan komuter.
       Setelah sampainya di KL Sentral, aku melihat orang yang sangat ramai di situ. Satu lagi, aku tidak suka berada di tempat yang terdapat ramai orang. Pada hari itu terdapat sambutan deepavali. Oleh itu, ada beberapa pemain gendang dan ada ramai pengunjung yang menonton persembahan tersebut. Aku menjadi agak panik dengan keadaan tersebut. Aku masih boleh ingat bagaimana aku berpeluh walaupun keadaan bukanlah panas pada ketika itu. Setelah berjaya melepasi orang ramai, aku rasa sedikit lega. Aku juga ada menelefon beberapa orang rakanku untuk menenangkan diri. Tidak lupa juga, aku ada berbalas pesanan di telefon bimbit dengan mama sementara menunggu ketibaan keretapi ETS.
     Apabila keretapi sampai, aku terus menuju ke gerabak yang tertera pada tiket dan terus ke tempat dudukku. Perjalanan dan pengalaman aku di dalam keretapi akan aku ceritakan pada entri yang seterusnya.
Terima kasih kerana membaca.

Comments

Popular posts from this blog

STPM

Sebagai bekas pelajar STPM, aku boleh katakan bahawa belajar di Tingkatan 6 sangat berbaloi dan sedikit pun aku tidak menyesal membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku di tingkatan 6. Ini kerana, dasar kerajaan  yang telah memberi peluang para pelajar Tingkatan 6 menjejakkan kaki ke menara gading dengan lebih pantas. Namun, calon STPM perlu membuat persediaan yang mantap berikutan tempoh belajar setiap semester lebih kurang 5 bulan sahaja iaitu  1 semester semasa 6 rendah, manakala selebihnya pada 6 atas. Bermula tahun 2013, sistem semester ini mula diguna pakai dan di samping menghadapi peperiksaan di setiap penghujung semester, para pelajar juga dikehendaki membuat kerja kursus. Setiap mata pelajaran mempunyai kerja kursus yang tersendiri.    Di sini aku akan senaraikan beberapa kelebihan STPM untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran selepas SPM Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universit...

Intro

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Oleh kerana ini adalah entri pertama saya dalam blog ini, eloklah saya memperkenalkan diri saya. Saya bernama Alia Hani bt Ahmad Nasruddin. Dilahirkan di Pulau Langkawi, Kedah pada 2 Jun tahun 1997. Saya dibesarkan di Langkawi selama 12 tahun sebelum berpindah ke Yan, Kedah yang berhampiran dengan rumah nenek yang sudah tua.     Saya memulakan pengajian seawal usia 4 tahun di Tadika Sayang, Langkawi kemudian melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Temonyong di daerah yang sama. Saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah. Setelah memperoleh keputusan SPM, saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Setelah itu saya berjaya menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam program Bacelor Komunikasi.     Saya anak bongsu dari lima adik beradik. Ti...

STPM part 2

Hampir setahun aku berpisah dengan kawan-kawan seperjuangan STPM 2015/2016. Aku sangat rindukan pengalaman aku bersama-sama teman perjuangan. Selepas keputusan SPM diumumkan pada bulan 3 2015, aku hanya membuat permohonan ke Matrikulasi. Apabila keputusan Matrikulasi diumumkan, aku tidak berjaya mendapat tempat ke matrik, walau bagaimanapun aku tidak begitu kecewa kerana aku telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Pada mulanya, aku ditawarkan untuk menyambung tingkatan 6 di SMKA Kedah dalam aliran agama. Namun, aku terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat memperoleh keputusan yang baik kerana subjek yang banyak. Tambahan pula, sekolah tersebut jauh dari rumahku. Oleh itu, aku telah membuat permohonan untuk menukar aliran pada masa yang sama menukar sekolah.  Seterusnya, permohonan aku berjaya dan aku ditempatkan di SMK Yan dalam aliran sastera.  Aku telah ditempatkan di kelas Prau2E dengan subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Ekon...