Skip to main content

Sendiri (Bhg. 2)

Setelah mendapat tempat di dalam keretapi ETS, aku duduk dengan keadaan yang selesa. Perjalanan aku masih jauh. Kemudian datang seorang perempuan untuk duduk di sebelahku. Aku menegurnya seperti bertanyakan tentang tempat dia akan turun tetapi dia kelihatan kurang mesra. Mungkin penat atau dia bukanlah seorang yang suka bercakap dengan orang asing. Sama seperti ku beberapa bulan sebelum ini. Aku tidak kisah dengan hal tersebut. Aku juga bukanlah seorang yang gemar berborak. Tambahan pula, dalam keadaan yang keletihan. Aku hanya ingin berehat sebelum sampai ke kampungku.
Aku melihat sekelilingku. Aku merasa agak kagum melihat ruang di dalam keretapi ETS itu. Terdapat banyak kemudahan di dalamnya dan sangat selesa. Di dalam keretapi itu terdapat kemudahan tandas, bistro, televisyen dan surau. Aku berasa bangga kerana Malaysia juga mampu memiliki sebuah kenderaan awam seperti itu.
Tempat duduk aku betul-betul di hadapan koc D dan bersebelahan dengan tingkap. Oleh itu, aku dapat melihat pemandangan di luar sepanjang perjalananku.
Tidak banyak aktiviti yang aku lakukan sepanjang di dalam keretapi ETS itu. Aku hanya duduk dan melihat ke luar tingkap, sesekali ke televisyen yang memaparkan filem inggeris atau memandang gelagat manusia di sekelilingku.
Pada hari itu terdapat pelajar sekolah rendah yang menaiki keretapi itu untuk pulang dari melancong. Pakaian mereka seragam. Dan seperti kebiasaan budak-budak, mereka gemar merayau. Ini menyebabkan aku agak terganggu dan tidak boleh berehat dengan aman. Tetapi begitulah kebiasaannya. Mungkin mereka berasa teruja.
Dengan penuh sabar aku menunggu dari satu stesen ke stesen. Terus menanti hingga ke stesenku. Aku juga seringkali memastikan mama tahu tentang tempat aku berada. Akhirnya sampai juga di stesen yang aku tunggu-tunggu; Stesen KTM Gurun. Setelah pintu dibuka, aku terus keluar mendapatkan ibu dan ayahku. Aku sangat gembira dapat melihat mereka berdua setelah beberapa lama tidak berjumpa. Keletihanku seakan-akan terubat apabila sampai. 
Aku akan sentiasa ingat akan peristiwa ini. Pengalaman bagaimana aku keseorangan di tempat yang sangat asing bagiku. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Aku akan jadikan pengalaman ini sebagai satu pembina keyakinan.
Terima kasih kerana membaca.

Comments

Popular posts from this blog

STPM

Sebagai bekas pelajar STPM, aku boleh katakan bahawa belajar di Tingkatan 6 sangat berbaloi dan sedikit pun aku tidak menyesal membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku di tingkatan 6. Ini kerana, dasar kerajaan  yang telah memberi peluang para pelajar Tingkatan 6 menjejakkan kaki ke menara gading dengan lebih pantas. Namun, calon STPM perlu membuat persediaan yang mantap berikutan tempoh belajar setiap semester lebih kurang 5 bulan sahaja iaitu  1 semester semasa 6 rendah, manakala selebihnya pada 6 atas. Bermula tahun 2013, sistem semester ini mula diguna pakai dan di samping menghadapi peperiksaan di setiap penghujung semester, para pelajar juga dikehendaki membuat kerja kursus. Setiap mata pelajaran mempunyai kerja kursus yang tersendiri.    Di sini aku akan senaraikan beberapa kelebihan STPM untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran selepas SPM Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universit...

Intro

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Oleh kerana ini adalah entri pertama saya dalam blog ini, eloklah saya memperkenalkan diri saya. Saya bernama Alia Hani bt Ahmad Nasruddin. Dilahirkan di Pulau Langkawi, Kedah pada 2 Jun tahun 1997. Saya dibesarkan di Langkawi selama 12 tahun sebelum berpindah ke Yan, Kedah yang berhampiran dengan rumah nenek yang sudah tua.     Saya memulakan pengajian seawal usia 4 tahun di Tadika Sayang, Langkawi kemudian melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Temonyong di daerah yang sama. Saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah. Setelah memperoleh keputusan SPM, saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Setelah itu saya berjaya menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam program Bacelor Komunikasi.     Saya anak bongsu dari lima adik beradik. Ti...

STPM part 2

Hampir setahun aku berpisah dengan kawan-kawan seperjuangan STPM 2015/2016. Aku sangat rindukan pengalaman aku bersama-sama teman perjuangan. Selepas keputusan SPM diumumkan pada bulan 3 2015, aku hanya membuat permohonan ke Matrikulasi. Apabila keputusan Matrikulasi diumumkan, aku tidak berjaya mendapat tempat ke matrik, walau bagaimanapun aku tidak begitu kecewa kerana aku telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Pada mulanya, aku ditawarkan untuk menyambung tingkatan 6 di SMKA Kedah dalam aliran agama. Namun, aku terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat memperoleh keputusan yang baik kerana subjek yang banyak. Tambahan pula, sekolah tersebut jauh dari rumahku. Oleh itu, aku telah membuat permohonan untuk menukar aliran pada masa yang sama menukar sekolah.  Seterusnya, permohonan aku berjaya dan aku ditempatkan di SMK Yan dalam aliran sastera.  Aku telah ditempatkan di kelas Prau2E dengan subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Ekon...