Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

STPM part 2

Hampir setahun aku berpisah dengan kawan-kawan seperjuangan STPM 2015/2016. Aku sangat rindukan pengalaman aku bersama-sama teman perjuangan. Selepas keputusan SPM diumumkan pada bulan 3 2015, aku hanya membuat permohonan ke Matrikulasi. Apabila keputusan Matrikulasi diumumkan, aku tidak berjaya mendapat tempat ke matrik, walau bagaimanapun aku tidak begitu kecewa kerana aku telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Pada mulanya, aku ditawarkan untuk menyambung tingkatan 6 di SMKA Kedah dalam aliran agama. Namun, aku terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat memperoleh keputusan yang baik kerana subjek yang banyak. Tambahan pula, sekolah tersebut jauh dari rumahku. Oleh itu, aku telah membuat permohonan untuk menukar aliran pada masa yang sama menukar sekolah.  Seterusnya, permohonan aku berjaya dan aku ditempatkan di SMK Yan dalam aliran sastera.  Aku telah ditempatkan di kelas Prau2E dengan subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Ekon...

STPM

Sebagai bekas pelajar STPM, aku boleh katakan bahawa belajar di Tingkatan 6 sangat berbaloi dan sedikit pun aku tidak menyesal membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku di tingkatan 6. Ini kerana, dasar kerajaan  yang telah memberi peluang para pelajar Tingkatan 6 menjejakkan kaki ke menara gading dengan lebih pantas. Namun, calon STPM perlu membuat persediaan yang mantap berikutan tempoh belajar setiap semester lebih kurang 5 bulan sahaja iaitu  1 semester semasa 6 rendah, manakala selebihnya pada 6 atas. Bermula tahun 2013, sistem semester ini mula diguna pakai dan di samping menghadapi peperiksaan di setiap penghujung semester, para pelajar juga dikehendaki membuat kerja kursus. Setiap mata pelajaran mempunyai kerja kursus yang tersendiri.    Di sini aku akan senaraikan beberapa kelebihan STPM untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran selepas SPM Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universit...

Sendiri (Bhg. 2)

Setelah mendapat tempat di dalam keretapi ETS, aku duduk dengan keadaan yang selesa. Perjalanan aku masih jauh. Kemudian datang seorang perempuan untuk duduk di sebelahku. Aku menegurnya seperti bertanyakan tentang tempat dia akan turun tetapi dia kelihatan kurang mesra. Mungkin penat atau dia bukanlah seorang yang suka bercakap dengan orang asing. Sama seperti ku beberapa bulan sebelum ini. Aku tidak kisah dengan hal tersebut. Aku juga bukanlah seorang yang gemar berborak. Tambahan pula, dalam keadaan yang keletihan. Aku hanya ingin berehat sebelum sampai ke kampungku. Aku melihat sekelilingku. Aku merasa agak kagum melihat ruang di dalam keretapi ETS itu. Terdapat banyak kemudahan di dalamnya dan sangat selesa. Di dalam keretapi itu terdapat kemudahan tandas, bistro, televisyen dan surau. Aku berasa bangga kerana Malaysia juga mampu memiliki sebuah kenderaan awam seperti itu. Tempat duduk aku betul-betul di hadapan koc D dan bersebelahan dengan tingkap. Oleh itu, aku dapat melihat...

Sendiri

Aku merupakan seorang yang kurang berkeyakinan. Sedikit pemalu. Aku juga tidak suka berseorangan. Kadang kala aku mudah panik tanpa sebab jika aku keseorangan.     Ini adalah pengalaman aku menaiki komuter dari Serdang ke KL Sentral untuk menuju pulang ke kampung. Semuanya aku lakukan sendiri tanpa mama dan abah atau rakan-rakan.      Perasaan aku pada hari tersebut sangat gementar. Hari sabtu. Hari bermulanya cuti pertengahan semester dimana pelajar akan bercuti selama satu minggu.     Sedari awalnya tiket keretapi ets telah aku beli secara online. Perjalanan ini memerlukan aku untuk berhenti dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hal ini kerana aku perlu menaiki keretapi ETS di KL Sentral. Dan jarak UPM dengan KL Sentral agak jauh.       Pada pagi itu aku mula mengemas barang-barangku untuk bergerak pulang. Mulanya aku menaiki uber untuk ke KTM Serdang. Selepas itu, aku memberanikan diri bertanyaka...

Resepi Ayam Goreng Korea

Assalamualaikum.  Bagi penggemar seni masakan atau peminat drama dan filem dari negara Korea Selatan pasti ada mendengar mahupun merasa sendiri tentang makanan ini. Ayam goreng Korea adalah hidangan ayam goreng yang dihidangkan dalam gaya Korea.  Ianya, berbeza dengan ayam goreng biasa kerana digoreng dua kali. Hal ini menyebabkan kulit menjadi rangup dan kurang berminyak.  Ayam biasanya diperap dengan rempah-ratus, gula dan garam sebelum dan selepas digoreng. Restoran ayam goreng Korea biasanya menggunakan ayam yang bersaiz kecil atau sederhana, dengan kata lain, ayam yang masih muda dagingnya lebih empuk. Aku telah berkesempatan untuk mencuba sendiri resipi ini. Resipi ini telah aku peroleh dari sebuah rancangan masakan Korea di televisyen.  Pada kali ini, aku akan memberitahu tentang cara-cara memasak ayam goreng Korea. Pertama sekali, kita haruslah menyediakan bahan-bahan untuk diperap bersama ayam.  16 ketul ayam bahagian kepak ...

An appreciation post for my roommates

We were not that close. They already lived together for a year before I came to the room. A nice room. Not perfect. But it just feels nice. Hard to explain. We don't talk or meet often. We got our own schedule. Of course, it's different. We are in different course and year. At first, I feel quite uneasy to know that my roommates are actually seniors. I feel small, fragile, uncomfortable. But as days go by, it's actually not that hard. I just worry too much. They're way too nice toward me. Still, I'm trying my best to fit in. Till then