Skip to main content

Resepi Ayam Goreng Korea


Assalamualaikum. 
Bagi penggemar seni masakan atau peminat drama dan filem dari negara Korea Selatan pasti ada mendengar mahupun merasa sendiri tentang makanan ini.
Ayam goreng Korea adalah hidangan ayam goreng yang dihidangkan dalam gaya Korea. Ianya, berbeza dengan ayam goreng biasa kerana digoreng dua kali. Hal ini menyebabkan kulit menjadi rangup dan kurang berminyak. Ayam biasanya diperap dengan rempah-ratus, gula dan garam sebelum dan selepas digoreng. Restoran ayam goreng Korea biasanya menggunakan ayam yang bersaiz kecil atau sederhana, dengan kata lain, ayam yang masih muda dagingnya lebih empuk.
Aku telah berkesempatan untuk mencuba sendiri resipi ini. Resipi ini telah aku peroleh dari sebuah rancangan masakan Korea di televisyen. Pada kali ini, aku akan memberitahu tentang cara-cara memasak ayam goreng Korea.
Pertama sekali, kita haruslah menyediakan bahan-bahan untuk diperap bersama ayam. 
  • 16 ketul ayam bahagian kepak
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit lada hitam
  • 1/2 sudu kecil halia parut
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • Minyak untuk menggoreng (kira-kira 5 hingga 6 cawan) 
  • 2 sudu besar bawang parut
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 1 sudu kecil halia parut
  • 1 sudu besar kicap
  • 4 sudu besar cuka kurma
  • 2 – 3 sudu besar sos pedas (jenama Frank Original)
  • 4 sudu besar sos cili atau sos tomato (jenama Heinz)
  • 2 sudu besar sos gochujang
  • 2 sudu besar sirap jagung atau madu
  • 1 sudu besar gula (atau lebih untuk rasa)
  • 1/2 sudu kecil dijon mustard
  • 1 sudu kecil minyak bijan

Untuk membuat sosnya pula, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut.

Cara-caranya ialah; Mula-mula campurkan ayam dengan garam, lada dan halia. Perap selama 20 hingga 30 minit. Seterusnya, panaskan kuali dengan api yang kecil. Tambah 1 sudu besar minyak masak dan kemudian bawang, bawang putih dan halia. Kacau selama satu minit sehingga wangi. Tambah semua bahan sos yang lain dan kacau rata. Masak hingga pekat kira-kira 4 hingga 5 minit. Matikan api. Buang mana-mana air yang berlebihan dari ayam yang diperap. Gaul ayam dengan tepung jagung hingga sama rata. Tambah minyak ke dalam kuali untuk menggoreng
Panaskan minyak kepada dan masukkan ayam ke dalam minyak, satu bahagian pada satu masa. Gorengkan dalam dua kelompok. Masak hingga warna keemasan, kira-kira 5-7 minit, bergantung kepada saiz ayam. 
Seterusnya, panaskan minyak sekali lagi. Masukkan ayam dan goreng lagi selama 2 hingga 3 minit sehingga keemasan. Letakkan di atas penapis untuk tos minyak. Panaskan sos dengan api kecil. Masukkan ayam dan kacau sama rata, pastikan semua disalut dengan sos pedas. Taburkan dengan bijan.
Siap untuk dihidangkan.


Comments

Popular posts from this blog

STPM

Sebagai bekas pelajar STPM, aku boleh katakan bahawa belajar di Tingkatan 6 sangat berbaloi dan sedikit pun aku tidak menyesal membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku di tingkatan 6. Ini kerana, dasar kerajaan  yang telah memberi peluang para pelajar Tingkatan 6 menjejakkan kaki ke menara gading dengan lebih pantas. Namun, calon STPM perlu membuat persediaan yang mantap berikutan tempoh belajar setiap semester lebih kurang 5 bulan sahaja iaitu  1 semester semasa 6 rendah, manakala selebihnya pada 6 atas. Bermula tahun 2013, sistem semester ini mula diguna pakai dan di samping menghadapi peperiksaan di setiap penghujung semester, para pelajar juga dikehendaki membuat kerja kursus. Setiap mata pelajaran mempunyai kerja kursus yang tersendiri.    Di sini aku akan senaraikan beberapa kelebihan STPM untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran selepas SPM Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universit...

Intro

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Oleh kerana ini adalah entri pertama saya dalam blog ini, eloklah saya memperkenalkan diri saya. Saya bernama Alia Hani bt Ahmad Nasruddin. Dilahirkan di Pulau Langkawi, Kedah pada 2 Jun tahun 1997. Saya dibesarkan di Langkawi selama 12 tahun sebelum berpindah ke Yan, Kedah yang berhampiran dengan rumah nenek yang sudah tua.     Saya memulakan pengajian seawal usia 4 tahun di Tadika Sayang, Langkawi kemudian melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Temonyong di daerah yang sama. Saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah. Setelah memperoleh keputusan SPM, saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Setelah itu saya berjaya menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam program Bacelor Komunikasi.     Saya anak bongsu dari lima adik beradik. Ti...

STPM part 2

Hampir setahun aku berpisah dengan kawan-kawan seperjuangan STPM 2015/2016. Aku sangat rindukan pengalaman aku bersama-sama teman perjuangan. Selepas keputusan SPM diumumkan pada bulan 3 2015, aku hanya membuat permohonan ke Matrikulasi. Apabila keputusan Matrikulasi diumumkan, aku tidak berjaya mendapat tempat ke matrik, walau bagaimanapun aku tidak begitu kecewa kerana aku telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Pada mulanya, aku ditawarkan untuk menyambung tingkatan 6 di SMKA Kedah dalam aliran agama. Namun, aku terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat memperoleh keputusan yang baik kerana subjek yang banyak. Tambahan pula, sekolah tersebut jauh dari rumahku. Oleh itu, aku telah membuat permohonan untuk menukar aliran pada masa yang sama menukar sekolah.  Seterusnya, permohonan aku berjaya dan aku ditempatkan di SMK Yan dalam aliran sastera.  Aku telah ditempatkan di kelas Prau2E dengan subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Ekon...