Skip to main content

Keluarga, perubahan sikap, orientasi

     Pada 5 September yang lalu, iaitu sehari sebelum pendaftaran untuk pelajar baharu UPM, aku bersama dengan keluarga telah bertolak dari Kedah ke Selangor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam lamanya kerana kesesakan yang disebabkan oleh hujan dan kemalangan kecil yang berlaku. Kami menginap di sebuah apartment yang berhampiran.
    Keesokan harinya, kami bergerak ke UPM untuk urusan pendaftaran. UPM memberikan gambaran pertama yang menarik kepada aku. Suasana dan pemandangannya indah. Banyak pokok-pokok. Redup.
     
        Urusan pendaftaran berjalan dengan lancar. Sebelum keluarga beransur pulang ke Kedah, kami makan di kafe Serumpun. Mama dan Abah agak bergegas untuk pulang ke Kedah kerana terdapat pelbagai urusan yang perlu diselesaikan. Tambahan pula, Kedah bukanlah berhampiran. Perjalanannya memakan masa yang lama.
     Aku tidak langsung berasa sedih atau 'homesick' seperti kebiasaan pelajar baharu. Mungkin kerana aku pernah tinggal di asrama buat masa yang lama. Tetapi Abah seperti sangat berat untuk melepaskan aku. Biasalah, aku ini anak bongsu. Paling manja dengan Abah. Aku yang dari awalnya tidak berasa sedih mula sebak saat bersalaman dengan ibu bapaku sebelum mereka pulang ke kampung. Malahan, sampai sekarang, aku masih berasa sebak jika terkenangkan waktu itu.
      Setelah berpisah dengan keluarga, aku kembali ke bilik . Aku mula menyibukkan diri supaya tidak terlalu memikirkan tentang keluargaku. Aku mula mengemas barang-barangku dan bersiap untuk perjumpaan pelajar baharu di Dewan Putra 2 UPM. Aku yang dahulunya seorang yang kurang ramah, pemalu dan ada yang mengatakan aku seorang yang sombong mula berubah sedikit demi sedikit untuk menyesuaikan diri dengan alam universiti ini. Aku ringankan mulutku untuk bercakap dengan sesiapa yang aku jumpai walaupun aku bukanlah seperti itu sebelum ini.


     Seterusnya, kami memulakan orientasi pelajar tahun baharu dengan taklimat mengenai badan beruniform yang boleh disertai. Kemudian kami diasingkan mengikut kolej kediaman masing-masing untuk aktiviti seterusnya. Fasilitator-fasilitator yang bertugas sangat mesra dan membantu. Seakan memahami dengan perasaan pelajar-pelajar baharu. Mereka tidak henti-henti bertanyakan tentang kesihatan dan keadaan kami kerana bimbang ada pelajar yang sedang sakit.

   Banyak aktiviti yang kami lakukan sepanjang orientasi. Aktiviti-aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara senior dan junior dalam kolej kediaman ini. Boleh dikatakan tiada istilah senior dan junior di dalam kolej kediaman kami kerana hubungan kami yang rapat seperti sahabat. Walaupun penat dengan pelbagai aktiviti, orientasi ini meninggalkan banyak kenangan manis.

Comments

Popular posts from this blog

STPM

Sebagai bekas pelajar STPM, aku boleh katakan bahawa belajar di Tingkatan 6 sangat berbaloi dan sedikit pun aku tidak menyesal membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku di tingkatan 6. Ini kerana, dasar kerajaan  yang telah memberi peluang para pelajar Tingkatan 6 menjejakkan kaki ke menara gading dengan lebih pantas. Namun, calon STPM perlu membuat persediaan yang mantap berikutan tempoh belajar setiap semester lebih kurang 5 bulan sahaja iaitu  1 semester semasa 6 rendah, manakala selebihnya pada 6 atas. Bermula tahun 2013, sistem semester ini mula diguna pakai dan di samping menghadapi peperiksaan di setiap penghujung semester, para pelajar juga dikehendaki membuat kerja kursus. Setiap mata pelajaran mempunyai kerja kursus yang tersendiri.    Di sini aku akan senaraikan beberapa kelebihan STPM untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran selepas SPM Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universit...

Intro

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Oleh kerana ini adalah entri pertama saya dalam blog ini, eloklah saya memperkenalkan diri saya. Saya bernama Alia Hani bt Ahmad Nasruddin. Dilahirkan di Pulau Langkawi, Kedah pada 2 Jun tahun 1997. Saya dibesarkan di Langkawi selama 12 tahun sebelum berpindah ke Yan, Kedah yang berhampiran dengan rumah nenek yang sudah tua.     Saya memulakan pengajian seawal usia 4 tahun di Tadika Sayang, Langkawi kemudian melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Temonyong di daerah yang sama. Saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah. Setelah memperoleh keputusan SPM, saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Setelah itu saya berjaya menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam program Bacelor Komunikasi.     Saya anak bongsu dari lima adik beradik. Ti...

STPM part 2

Hampir setahun aku berpisah dengan kawan-kawan seperjuangan STPM 2015/2016. Aku sangat rindukan pengalaman aku bersama-sama teman perjuangan. Selepas keputusan SPM diumumkan pada bulan 3 2015, aku hanya membuat permohonan ke Matrikulasi. Apabila keputusan Matrikulasi diumumkan, aku tidak berjaya mendapat tempat ke matrik, walau bagaimanapun aku tidak begitu kecewa kerana aku telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Pada mulanya, aku ditawarkan untuk menyambung tingkatan 6 di SMKA Kedah dalam aliran agama. Namun, aku terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat memperoleh keputusan yang baik kerana subjek yang banyak. Tambahan pula, sekolah tersebut jauh dari rumahku. Oleh itu, aku telah membuat permohonan untuk menukar aliran pada masa yang sama menukar sekolah.  Seterusnya, permohonan aku berjaya dan aku ditempatkan di SMK Yan dalam aliran sastera.  Aku telah ditempatkan di kelas Prau2E dengan subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Ekon...