Assalamualaikum semua. Baru-baru ini telah dikejutkan dengan kematian seorang penyanyi dari Korea Selatan kerana bunuh diri iaitu Kim Jonghyun dari kumpulan SHINee. Kematiannya berlaku dalam tahun yang sama dengan kematian Chester Bennington iaitu penyanyi utama kumpulan Linkin Park, juga akibat bunuh diri. Punca bunuh diri juga sama iaitu akibat depression atau kemurungan. Gangguan mental seperti kemurungan sehingga hari ini masih sukar diterima oleh masyarakat sebagai salah satu daripada jenis penyakit meskipun mereka yang menghidapnya lebih ramai berbanding penyakit yang dapat dilihat secara fizikal. Apa yang menyedihkan ialah mereka yang menghadapi masalah gangguan mental seperti kemurungan ini menderita dalam diam. Sesungguhnya, kemurungan merupakan penyakit yang cukup berbahaya. Ia mampu menyongsangkan perspektif normal seseorang sehingga mengakibatkan perubahan tingkah laku dan akhirnya mencederakan diri sendiri atau lebih teruk lagi - bunuh diri. Kini pen...