Aku telah menghadiri kelas kokurikulum yang pertamaku pada hari ini. Aku telah mendaftar untuk Bakti Siswa sebagai subjek kokurikulum. Ini sebenarnya merupakan perjumpaan kedua kerana aku tidak hadir pada perjumpaan yang pertama kerana pulang ke kampung. Semua pelajar di dalam kelas ini sangat asing bagi ku. Tiada muka yang aku kenal melainkan dua pelajar lelaki yang aku tidak begitu rapat dengan mereka. Pada permulaannya, pensyarah bagi kelas ini menyuruh kami, pelajar yang pertama kali masuk ke kelas ini untuk memperkenalkan diri. Aku memperkenalkan diri aku di hadapan kelas. Seterusnya, diikuti oleh pelajar lain juga. Setelah selesai sesi memperkenalkan diri, kami di bahagikan ke dalam kumpulan yang telah diwujudkan pada minggu lepas. Aku dimasukkan ke dalam kumpulan CG. Terdapat 8 orang di dalam kumpulan tersebut termasuk aku. Kami ditugaskan untuk membincangkan tentang permainan yang akan dimainkan pada 'explorace' yang akan diadakan pada minggu hadapan. Pelba...