Skip to main content

Perjumpaan pertama Bakti Siswa

Aku telah menghadiri kelas kokurikulum yang pertamaku pada hari ini. Aku telah mendaftar untuk Bakti Siswa sebagai subjek kokurikulum.
Ini sebenarnya merupakan perjumpaan kedua kerana aku tidak hadir pada perjumpaan yang pertama kerana pulang ke kampung. Semua pelajar di dalam kelas ini sangat asing bagi ku. Tiada muka yang aku kenal melainkan dua pelajar lelaki yang aku tidak begitu rapat dengan mereka. Pada permulaannya, pensyarah bagi kelas ini menyuruh kami, pelajar yang pertama kali masuk ke kelas ini untuk memperkenalkan diri. Aku memperkenalkan diri aku di hadapan kelas. Seterusnya, diikuti oleh pelajar lain juga.
    Setelah selesai sesi memperkenalkan diri, kami di bahagikan ke dalam kumpulan yang telah diwujudkan pada minggu lepas. Aku dimasukkan ke dalam kumpulan CG. Terdapat 8 orang di dalam kumpulan tersebut termasuk aku. Kami ditugaskan untuk membincangkan tentang permainan yang akan dimainkan pada 'explorace' yang akan diadakan pada minggu hadapan. Pelbagai permainan yang dicadangkan oleh setiap ahli kumpulan, tetapi akhirnya kami bersetuju untuk memilih permainan teka tajuk lagu dan filem. Permainan ini memerlukan seorang ahli melakonkan satu tajuk filem atau lagu yang ditunjukkan oleh penjaga checkpoint kemudian ahli yang lain mestilah meneka tajuk tersebut. Jika gagal untuk mendapat 8 betul daripada 10 soalan, kumpulan itu akan dikenakan denda seperti menyanyi atau menari.  
    Perbincangan kami berjalan dengan lancar dan aku merasa tidak sabar untuk menghadiri perjumpaan Bakti Siswa ini pada minggu hadapan pula.

Comments

Popular posts from this blog

STPM

Sebagai bekas pelajar STPM, aku boleh katakan bahawa belajar di Tingkatan 6 sangat berbaloi dan sedikit pun aku tidak menyesal membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku di tingkatan 6. Ini kerana, dasar kerajaan  yang telah memberi peluang para pelajar Tingkatan 6 menjejakkan kaki ke menara gading dengan lebih pantas. Namun, calon STPM perlu membuat persediaan yang mantap berikutan tempoh belajar setiap semester lebih kurang 5 bulan sahaja iaitu  1 semester semasa 6 rendah, manakala selebihnya pada 6 atas. Bermula tahun 2013, sistem semester ini mula diguna pakai dan di samping menghadapi peperiksaan di setiap penghujung semester, para pelajar juga dikehendaki membuat kerja kursus. Setiap mata pelajaran mempunyai kerja kursus yang tersendiri.    Di sini aku akan senaraikan beberapa kelebihan STPM untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran selepas SPM Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universit...

Intro

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Oleh kerana ini adalah entri pertama saya dalam blog ini, eloklah saya memperkenalkan diri saya. Saya bernama Alia Hani bt Ahmad Nasruddin. Dilahirkan di Pulau Langkawi, Kedah pada 2 Jun tahun 1997. Saya dibesarkan di Langkawi selama 12 tahun sebelum berpindah ke Yan, Kedah yang berhampiran dengan rumah nenek yang sudah tua.     Saya memulakan pengajian seawal usia 4 tahun di Tadika Sayang, Langkawi kemudian melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Temonyong di daerah yang sama. Saya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah. Setelah memperoleh keputusan SPM, saya membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Setelah itu saya berjaya menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam program Bacelor Komunikasi.     Saya anak bongsu dari lima adik beradik. Ti...

STPM part 2

Hampir setahun aku berpisah dengan kawan-kawan seperjuangan STPM 2015/2016. Aku sangat rindukan pengalaman aku bersama-sama teman perjuangan. Selepas keputusan SPM diumumkan pada bulan 3 2015, aku hanya membuat permohonan ke Matrikulasi. Apabila keputusan Matrikulasi diumumkan, aku tidak berjaya mendapat tempat ke matrik, walau bagaimanapun aku tidak begitu kecewa kerana aku telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Pada mulanya, aku ditawarkan untuk menyambung tingkatan 6 di SMKA Kedah dalam aliran agama. Namun, aku terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat memperoleh keputusan yang baik kerana subjek yang banyak. Tambahan pula, sekolah tersebut jauh dari rumahku. Oleh itu, aku telah membuat permohonan untuk menukar aliran pada masa yang sama menukar sekolah.  Seterusnya, permohonan aku berjaya dan aku ditempatkan di SMK Yan dalam aliran sastera.  Aku telah ditempatkan di kelas Prau2E dengan subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Ekon...