Skip to main content

Posts

Panduan Menguruskan Kewangan

Sambil aku menggunakan aplikasi Twitter  di telefon pintarku, aku ternampak 'tweet' yang ber'hashtag' #BijakWang. Cepat-cepat aku klik hashtag #BijakWang dan menjumpai beberapa perkongsian menarik yang mungkin berguna untuk kita sebagai pelajar dan mungkin untuk mereka yang telah bekerja. Bagi yang baru mula bekerja. 1. Simpan 10% - 20% dari gaji anda sebagai simpanan Tabung Haji, cukup RM1300 daftar haji. RM100 untuk 13 bulan. Ingat!! Daftar Tabung Haji bukan untuk terus pergi sebaliknya daftar untuk dapatkan tahun. ASB AHB (Patuh Syariah) Unit Amanah (ada patuh Syariah dan tidak); Public Mutual, CWA 2. Jangan beli kereta. 3. Kumpul duit untuk beli hartanah (property), beli aset 4. Jangan guna kad kredit 5. Bayar zakat 6. Bayar pinjaman (MARA, PTPTN, YAYASAN) Untuk pelajar macam aku yang buat pinjaman boleh ikut langkah-langkah ini. 1. Bayar yuran dahulu. 2. Ketepikan 10% simpan dalam TH/ASB 3. Rancang bajet bulanan 4. Simpan lebihan bulanan. Lebihan wang P...

Adakah Pelangi Selepas Hujan?

Hari demi hari berlalu. Aku sudah mula untuk menerima perkara yang telah terjadi. Aku dan keluargaku berulang alik setiap hari dari rumah ke hospital yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 30 minit. Setiap hari, mama, abah dan abang keduaku akan membacakan Yassin atau surah-surah dari Al Quran untuk abang. Dan sebelum pulang ke rumah, mama akan membisikkan ke telinga abang kata-kata seperti mengharapkan dia cepat sembuh, dan memberitahu bahawa kami akan kembali esok. Aku akan menangis setiap kali melihat situasi tersebut. Alhamdulillah kami dapat melihat sendiri perkembangan kesihatan abang. Dia sudah sedarkan diri dan dapat mengeluarkan perkataan walaupun dengan perlahan. Kemudian, dia dapat duduk dengan bantuan dan sudah boleh makan makanan yang lembut seperti bubur nasi. Kami sekeluarga akan bergilir-gilir menyuapkan makanan kepada abang. Dan aku dapat lihat keperitan dia untuk makan. Setiap hari, wad itu penuh dengan saudara-mara dan rakan-rakan abangku. Saudara-mara yan...

Meningitis

"Meningitis adalah penyakit yang disebabkan oleh peradangan pada selaput pelindung yang menutupi saraf otak dan tulang belakang yang dikenal sebagai meninges. Peradangan biasanya disebabkan oleh infeksi dari cairan yang mengelilingi otak dan sumsum tulang belakang." Assalamualaikum. Hari ini aku akan menceritakan bagaimana penyakit meningitis ini seakan-akan mengubah hidup aku dan keluarga.  Sebelum ini aku tidak pernah tahu tentang penyakit ini sehinggalah ia sendiri menimpa abang sulungku. Abang aku sebelum ini seorang guru di sebuah sekolah rendah di Klang, Selangor. Dia seorang yang sangat bertanggungjawab dan penyabar. Sebagaimana kebiasaan seorang anak sulung. Sukar untuk aku senaraikan segala sifat-sifat baiknya yang lain. Terlalu banyak bagiku.  Walaupun, adik beradik lain juga rapat dengannya, tetapi mungkin aku lebih rapat dengannya kerana aku merupakan adik bongsunya. Boleh dikatakan juga bahawa dialah abang yang paling aku sayangi jika dibandingka...

STPM part 2

Hampir setahun aku berpisah dengan kawan-kawan seperjuangan STPM 2015/2016. Aku sangat rindukan pengalaman aku bersama-sama teman perjuangan. Selepas keputusan SPM diumumkan pada bulan 3 2015, aku hanya membuat permohonan ke Matrikulasi. Apabila keputusan Matrikulasi diumumkan, aku tidak berjaya mendapat tempat ke matrik, walau bagaimanapun aku tidak begitu kecewa kerana aku telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6. Pada mulanya, aku ditawarkan untuk menyambung tingkatan 6 di SMKA Kedah dalam aliran agama. Namun, aku terpaksa menolak kerana bimbang tidak dapat memperoleh keputusan yang baik kerana subjek yang banyak. Tambahan pula, sekolah tersebut jauh dari rumahku. Oleh itu, aku telah membuat permohonan untuk menukar aliran pada masa yang sama menukar sekolah.  Seterusnya, permohonan aku berjaya dan aku ditempatkan di SMK Yan dalam aliran sastera.  Aku telah ditempatkan di kelas Prau2E dengan subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Ekon...

STPM

Sebagai bekas pelajar STPM, aku boleh katakan bahawa belajar di Tingkatan 6 sangat berbaloi dan sedikit pun aku tidak menyesal membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku di tingkatan 6. Ini kerana, dasar kerajaan  yang telah memberi peluang para pelajar Tingkatan 6 menjejakkan kaki ke menara gading dengan lebih pantas. Namun, calon STPM perlu membuat persediaan yang mantap berikutan tempoh belajar setiap semester lebih kurang 5 bulan sahaja iaitu  1 semester semasa 6 rendah, manakala selebihnya pada 6 atas. Bermula tahun 2013, sistem semester ini mula diguna pakai dan di samping menghadapi peperiksaan di setiap penghujung semester, para pelajar juga dikehendaki membuat kerja kursus. Setiap mata pelajaran mempunyai kerja kursus yang tersendiri.    Di sini aku akan senaraikan beberapa kelebihan STPM untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran selepas SPM Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universit...

Sendiri (Bhg. 2)

Setelah mendapat tempat di dalam keretapi ETS, aku duduk dengan keadaan yang selesa. Perjalanan aku masih jauh. Kemudian datang seorang perempuan untuk duduk di sebelahku. Aku menegurnya seperti bertanyakan tentang tempat dia akan turun tetapi dia kelihatan kurang mesra. Mungkin penat atau dia bukanlah seorang yang suka bercakap dengan orang asing. Sama seperti ku beberapa bulan sebelum ini. Aku tidak kisah dengan hal tersebut. Aku juga bukanlah seorang yang gemar berborak. Tambahan pula, dalam keadaan yang keletihan. Aku hanya ingin berehat sebelum sampai ke kampungku. Aku melihat sekelilingku. Aku merasa agak kagum melihat ruang di dalam keretapi ETS itu. Terdapat banyak kemudahan di dalamnya dan sangat selesa. Di dalam keretapi itu terdapat kemudahan tandas, bistro, televisyen dan surau. Aku berasa bangga kerana Malaysia juga mampu memiliki sebuah kenderaan awam seperti itu. Tempat duduk aku betul-betul di hadapan koc D dan bersebelahan dengan tingkap. Oleh itu, aku dapat melihat...

Sendiri

Aku merupakan seorang yang kurang berkeyakinan. Sedikit pemalu. Aku juga tidak suka berseorangan. Kadang kala aku mudah panik tanpa sebab jika aku keseorangan.     Ini adalah pengalaman aku menaiki komuter dari Serdang ke KL Sentral untuk menuju pulang ke kampung. Semuanya aku lakukan sendiri tanpa mama dan abah atau rakan-rakan.      Perasaan aku pada hari tersebut sangat gementar. Hari sabtu. Hari bermulanya cuti pertengahan semester dimana pelajar akan bercuti selama satu minggu.     Sedari awalnya tiket keretapi ets telah aku beli secara online. Perjalanan ini memerlukan aku untuk berhenti dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hal ini kerana aku perlu menaiki keretapi ETS di KL Sentral. Dan jarak UPM dengan KL Sentral agak jauh.       Pada pagi itu aku mula mengemas barang-barangku untuk bergerak pulang. Mulanya aku menaiki uber untuk ke KTM Serdang. Selepas itu, aku memberanikan diri bertanyaka...