Skip to main content

Sendiri (Bhg. 2)

Setelah mendapat tempat di dalam keretapi ETS, aku duduk dengan keadaan yang selesa. Perjalanan aku masih jauh. Kemudian datang seorang perempuan untuk duduk di sebelahku. Aku menegurnya seperti bertanyakan tentang tempat dia akan turun tetapi dia kelihatan kurang mesra. Mungkin penat atau dia bukanlah seorang yang suka bercakap dengan orang asing. Sama seperti ku beberapa bulan sebelum ini. Aku tidak kisah dengan hal tersebut. Aku juga bukanlah seorang yang gemar berborak. Tambahan pula, dalam keadaan yang keletihan. Aku hanya ingin berehat sebelum sampai ke kampungku.
Aku melihat sekelilingku. Aku merasa agak kagum melihat ruang di dalam keretapi ETS itu. Terdapat banyak kemudahan di dalamnya dan sangat selesa. Di dalam keretapi itu terdapat kemudahan tandas, bistro, televisyen dan surau. Aku berasa bangga kerana Malaysia juga mampu memiliki sebuah kenderaan awam seperti itu.
Tempat duduk aku betul-betul di hadapan koc D dan bersebelahan dengan tingkap. Oleh itu, aku dapat melihat pemandangan di luar sepanjang perjalananku.
Tidak banyak aktiviti yang aku lakukan sepanjang di dalam keretapi ETS itu. Aku hanya duduk dan melihat ke luar tingkap, sesekali ke televisyen yang memaparkan filem inggeris atau memandang gelagat manusia di sekelilingku.
Pada hari itu terdapat pelajar sekolah rendah yang menaiki keretapi itu untuk pulang dari melancong. Pakaian mereka seragam. Dan seperti kebiasaan budak-budak, mereka gemar merayau. Ini menyebabkan aku agak terganggu dan tidak boleh berehat dengan aman. Tetapi begitulah kebiasaannya. Mungkin mereka berasa teruja.
Dengan penuh sabar aku menunggu dari satu stesen ke stesen. Terus menanti hingga ke stesenku. Aku juga seringkali memastikan mama tahu tentang tempat aku berada. Akhirnya sampai juga di stesen yang aku tunggu-tunggu; Stesen KTM Gurun. Setelah pintu dibuka, aku terus keluar mendapatkan ibu dan ayahku. Aku sangat gembira dapat melihat mereka berdua setelah beberapa lama tidak berjumpa. Keletihanku seakan-akan terubat apabila sampai. 
Aku akan sentiasa ingat akan peristiwa ini. Pengalaman bagaimana aku keseorangan di tempat yang sangat asing bagiku. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Aku akan jadikan pengalaman ini sebagai satu pembina keyakinan.
Terima kasih kerana membaca.

Comments

Popular posts from this blog

STPM

Sebagai bekas pelajar STPM, aku boleh katakan bahawa belajar di Tingkatan 6 sangat berbaloi dan sedikit pun aku tidak menyesal membuat keputusan untuk menyambung pelajaranku di tingkatan 6. Ini kerana, dasar kerajaan  yang telah memberi peluang para pelajar Tingkatan 6 menjejakkan kaki ke menara gading dengan lebih pantas. Namun, calon STPM perlu membuat persediaan yang mantap berikutan tempoh belajar setiap semester lebih kurang 5 bulan sahaja iaitu  1 semester semasa 6 rendah, manakala selebihnya pada 6 atas. Bermula tahun 2013, sistem semester ini mula diguna pakai dan di samping menghadapi peperiksaan di setiap penghujung semester, para pelajar juga dikehendaki membuat kerja kursus. Setiap mata pelajaran mempunyai kerja kursus yang tersendiri.    Di sini aku akan senaraikan beberapa kelebihan STPM untuk sesiapa yang ingin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran selepas SPM Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universit...

Etika Perniagaan dalam Islam

Assalamualaikum Pagi tadi aku ada terbaca tentang etika perniagaan dalam sebuah akhbar. Aku terasa ingin berkongsi  dengan semua apa etika perniagaan mengikut Islam. Ramai pada hari ini, mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan sama ada kecil-kecilan atau besar-besaran.  Ada yang membuka premis kedai-kedai malah ada yang berniaga online.  Perniagaan online antara yang menjadi pilihan peniaga kerana kebanyakan pembeli  lebih gemar melayari internet untuk mencari barang yang hendak dibeli. Antara etika perniagaan dalam Islam yang seharusnya diikuti oleh para peniaga adalah : 1. Pematuhan terhadap kontrak. Islam memandang berat terhadap janji. Seorang peniaga patut mematuhi amanah, janji dan kontrak yang dilakukannya. 2. Penipuan dan salah tafsir iklan. Para peniaga hendaklah berlaku jujur dalam membuat iklan, hal ini kerana iklan antara medium yang menarik minat pelanggan. 3. Pengukuran yang tepat. Tidak menipu dalam timbangan bagi peroleh keuntun...

Perjumpaan pertama Bakti Siswa

Aku telah menghadiri kelas kokurikulum yang pertamaku pada hari ini. Aku telah mendaftar untuk Bakti Siswa sebagai subjek kokurikulum. Ini sebenarnya merupakan perjumpaan kedua kerana aku tidak hadir pada perjumpaan yang pertama kerana pulang ke kampung. Semua pelajar di dalam kelas ini sangat asing bagi ku. Tiada muka yang aku kenal melainkan dua pelajar lelaki yang aku tidak begitu rapat dengan mereka. Pada permulaannya, pensyarah bagi kelas ini menyuruh kami, pelajar yang pertama kali masuk ke kelas ini untuk memperkenalkan diri. Aku memperkenalkan diri aku di hadapan kelas. Seterusnya, diikuti oleh pelajar lain juga.     Setelah selesai sesi memperkenalkan diri, kami di bahagikan ke dalam kumpulan yang telah diwujudkan pada minggu lepas. Aku dimasukkan ke dalam kumpulan CG. Terdapat 8 orang di dalam kumpulan tersebut termasuk aku. Kami ditugaskan untuk membincangkan tentang permainan yang akan dimainkan pada 'explorace' yang akan diadakan pada minggu hadapan. Pelba...